Petua Nenek

Home
Khasiat Makanan

Selamat Datang Ke Web Site Petua Nenek!

Di dalam home page ini, kami akan memberikan petua-petua secara percuma disamping memperbaiki mutu home page kami.

KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH PINANG

Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu the ke dalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.

KURANGKAN KADAR KOLESTEROL
 
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca the minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
 
Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika diamalkan meminum air rebusan ini pagi dan badan akan menjadi ringan dan bertenaga.

PETUA MENGEMPISKAN PERUT
 
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumutkan atau sapu pada perut sahaja, amalkan setiap malam.

MENGELAK PERUT BUNCIT
 
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
 
 
DELIMA UNTUK MELANGSINGKAN BADAN
 
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air sulam dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.

cardio150.jpg

Jadikan Tubuh Lebih Seksi.

Your Ad Here