KURUSKAN BADAN DENGAN BUAH PINANG
Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan
semalaman setengah sudu the ke dalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu
badan akan menjadi kurus dan langsing.
KURANGKAN KADAR KOLESTEROL
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca the minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga
hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga
dapat menghilangkan pembentukan selulit.
BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika diamalkan
meminum air rebusan ini pagi dan badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
PETUA MENGEMPISKAN PERUT
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat
perut seperti perempuan yang baru bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumutkan atau sapu pada perut sahaja, amalkan
setiap malam.
MENGELAK PERUT BUNCIT
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya
minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
DELIMA UNTUK MELANGSINGKAN BADAN
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air sulam dan
sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu
pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda
akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.
|