Petua Nenek

Khasiat Makanan
Home
Khasiat Makanan

Cara pengambilan makanan merupakan aspek utama dalam penjagaan tubuh badan. Berikut adalah khasiat-khasiat yang terdapat pada makanan yang mungkin anda tidak ketahui:

Khasiat susu kambing

Susu kambing adalah makanan semula jadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan harian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, aiskrim, keju dan mentega. Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi 3-4 peratus protein, 4-7 peratus lemak, 4.5 peratus karbohidrat, 134 gm kalsium dan 111 gm fosfur. Pada masa sekarang, industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Keistimewaan susu kambing

  • Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
  • Mengandungi factor anti-antritis (kesakitan sendi) dan anti barah.
  • Boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastric, lelah (asma), insomnia dan user.
  • Mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.
  • Khasiat susu kambing yanh disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

KELEBIHAN TELUR OMEGA-3

Omega-3 adalah telur yang diperkaya dengan segala khasiat untuk anda yang pentingkan kesihatan. Omega-3 adalah telu yang dihasilkan oleh ayam daripada baka yang baik. Seperti juga telur-telur lain yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral, telur Omega-3 mempunyai khasiat yang sama tetapi memberikan sumber khasiat tambahan iaitu asid lemak Omega-3 dan vitamin E.

Kelebihannya:

  • Sumber lemak poli tak tepu Omega-3 untuk kecerdasan otak.
  • Sumber vitamin E yang baik untuk kulit lebih sihat.
  • Memberikan kadar minima 18 peratus pengambilan harian lemak poli tak tepu Omega-3 seperti yang disarankan (6 kali lebih banyak daripada telur ayam biasa)
  • Memberikan 40 peratus lebih vitamin E (5 kali lebih banyak daripada telur biasa).
  • 50 peratus rendah kolesterol berbanding telur ayam biasa. Baik untuk kesihatan jantung.
  • Tahan lebih lama (boleh disimpan sehingga 45 hari pada suhu 4-28 darjah selsius)

KIWI KAYA ANTIOKSIDA

Buah kiwi yang juga dikenali sebagai ‘Chinese Gooseberry’ ditemui oleh ahli Botani Eropah, Robert Fortune pada 1845 di Tze Valley, China. Dari aspek kesihatan, kiwi merupakan salah satu buah yang tinggi nilai gizinya. Selain sebagai sumber vitamin C dan kalium, kiwi yang berwarna hijau mengandungi fitokimia klorofil, enzim ‘actinidin’ dan antioksida. Jus kiwi dapat menghalang pembentukan ‘nitrosamine’ dari nitrat di dalam makanan. Ia juga disebabkan oleh adanya vitamin C dan fitokimia di dalam buah tersebut. Nilai gizi kiwi per 100 gm: kalori (42), serat (1.6), kalium (250) dan vitamin C (51).

 

GARAM DAN PENGAMBILANNYA

Garam yang sering digunakan dalam makanan biasa disebut garam dapur. Secara saintifiknya ia dikenali sebagai natrium klorida. Garam telah digunakan oleh manusia sejak dahulu lagi terutama untuk mengawet makanan. Oleh kerana sudah terbiasa dengan garam, makanan akan terasa hambar apabila terasa kurang masin. Manfaat garam bagi tubuh manusia adalah adanya unsur natrium yang diperlukan untuk mengganti zat makanan lama dengan zat makanan yang baru. Kelancaran penukaran zat makanan tersebut bergantung kepada kadar natrium dalam darah, yang beredar ke seluruh tubuh dengan menumpang pada sel darah merah. Bila kekurangan natrium, maka sel darah merah akan mengecut. Akan tetapi bila kelebihan natrium maka sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah itu sendiri. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang. Tubuh manusia hanya memerlukan sekitar dua gram atau setengan sudu teh garam sehari. Apabila terlebih mengambil garam, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, mempercepatkan osteoporosis pada wanita, menimbulkan gangguan pada sel tubuh, bahkan dapat mematikan fungsi sel. Umumnya kita mengambil garam lima sampai enam gram sehari, apatah lagi sekiranya memakan lauk seperti telur masin atau ikan masin. Pengambilan garam perlu dikurangkan. Pada awalnya, tubuh akan menjadi lemah dan tidak bertenaga dan makanan pula terasa hambar. Namun begitu, hal ini tidak akan mengganggu kesihatan badan kerana garam semula jadi terdapat di dalam sayur-sayuran dan makanan laut.

 

MANFAAT KACANG HIJAU YANG DILUPAKAN

Kacang hijau mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu 24%. Ibu-ibu hamil dinasihatkan mengambil kacang hijau yang banyak jika ingin melahirkan anak yang berambut lebat. Pertumbuhan sel-sel tubuh termasuk sel rambut memerlukan gizi yang baik, terutamanya protein. Jadi kacang hijau adalah pilihan terbaik. Vitamin yang paling banyak ada pada kacang hijau ialah vitamin B1 dan B2. Vitamin B1 baik untuk membantu proses pertumbuhan. Ia juga membantu menaikkan selera makan dan mengatasi masalah pencernaan. Manakala, kandungan vitamin B2 (riboflavin) yang cukup tinggi pada kacang hijau juga manfaat untuk kesihatan. Vitamin ini mempunyai fungsi kesihatan yang pelbagai. Antaranya, ia membantu penyerapan gula dan protein di dalam tubuh. Jika anda sudah lam meninggalkan makanan berasaskan kacang hijau, nampaknya anda perlu menukar tabiat itu mulai hari ini. Kacang hijau bukanlah sekadar makanan biasa. Khasiatnya yang banyak ternyata sangat baik untuk perkembangan tubuh.

 

Makan banyak buah-buahan

Buah-buahan sememangnya mempunyai banyak vitamin. Namun begitu, tidak ada satu jenis sahaja buah-buahan yang mampu memberikan kesemua serat, vitamin, mineral dan 'phytochemicals' untuk kesihatan badan. Anda disarankan untuk mengambil pelbagai jenis buah-buahan untuk memberikan impak maksima kepada kesihatan anda.

1.      'Berries' - semua jenis 'berries' seperti beri hitam atau strawberi kaya dengan serat dan ‘phytochenicals’ yang penting untuk melawan kanser.

2.      ‘Melon’ – semua jenis ‘melon’ seperti tembikai atau tembikai susu kaya dengan vitamin A yang penting untuk kulit yang sihat dan system imun badan. Ia juga mengandungi anti-oksida untuk mencegah penyakit kronik.

3.      Mangga – sumber terbaik beta-kerotina yang penting untuk kulit yang sihat dan system imun badan.

4.      Epal – 7 sebab untuk anda mengambil epal untuk kesihatan : serat, vitamin C dan B, potassium, boron, magnesium dan fosforus.

5.      Jambu batu, buah kiwi dan betik kaya dengan vitamin C.

6.      Buah-buahan sitrus seperti oren, lemon, dan ‘grapefruits’ adalah sumber penting sera, vitamin C dan ‘flavonoids’ yang membantu melawan kanser dan melindungi daripada penyakit jantung.

Manfaat ikan Salmon

Ikan salmon mempunyai khasiat sebagai makanan untuk kesihatan kulit. Ikan salmon dapat menghalang kedutan pada kulit dan memelihara kulit agar tetap sihat dan halus. Salmon adalah ikan yang kaya dengan lemak tak tepu Omega 3 yang dapat mengurangkan pengeluaran partikel penyebab randang dalam tubuh yang boleh merosakkan kulit.

 

Epal, manis dan berkhasiat

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan “phytonutrient” yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Ia adalah satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

 

Cegah kanser dengan tauhu

Tauhu atau tofu merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.